Bola Sepak


Stadio del Cittadino del Jalil del Bukit menjadi medan pertembungan Malaysia dan Vietnam untuk perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010. Tanggungjawab yang samar-samar telah mendorong untuk pergi menyokong negara sendiri dan ternyata berbaloi kerana Malaysia menang. Mungkin kerana sudah lama tidak menonton perlawanan secara langsung, ditambah dengan kudrat yang kekurangan akibat menunggang motor melalui lebuhraya yang penuh sesak terus dari pejabat, kadar sorakan berada di tahap sederhana. Namun, tekak ini telah bersedia untuk bersorak di pentas final. Tengah memikirkan inisiatif untuk mendapatkan jersi pasukan negara. Hujung bulan kot.

Gambarajah dalam Stadio del Cittadino del Jalil del Bukit

Gambar blur menunjukkan semangat Malaysia Boleh!




SME Face Off Futsal Tournament Cyberjaya


Inilah tajuk post terpanjang setakat ini. Padahal nak tulis pertandingan futsal je pun. Dilangsungkan di Kelab Komuniti Cyberjaya, disertai 16 buah pasukan, diadili 2 orang pengadil amatur dan paling penting, dianjurkan oleh Cyberview Sdn. Bhd. dengan tanpa bayaran :)

Pasukan saya telah memenangi tempat kelima dalam pertandingan ini sekaligus membawa pulang wang tunai RM400 (yang dibahagi kepada 7 pemain) dan medal besi.

Kami bukan MLM

Bola Cat/Paintball




Namanya seperti kekanak-kanakkan. Tetapi, sekali terkena tembakan pasti tak mahu lagi. Itulah paintball. Event itu dinamakan Corporate War anjuran Cyberview. Sangap nak main lagi. Siapa berani, ajaklah saya.

Barisan Pengecat

Pengecat bersama berusnya

Pameran Komputer..katanya


Berikut merupakan banner untuk pameran komputer (lagi sedap letak karnival komputer ke, pesta I.T ke) yang akan berlangsung di Shah Alam. Kepada kaki2 I.T, serbu weh. Aku pun nak cari tikus tanpa ekor satu






Projek Kebajikan


Tempat: Kg. Haji Dorani, Hulu Selangor
Masa: Sehari suntuk pada 6 November ni
Tujuan: Beramal sambil berhibur secara halal


Inilah kerja amal pertama aku sejak status pelajar aku digugurkan beberapa bulan lalu. Aktiviti amal ni berkemungkinan lain sikit kalau nak dibandingkan projek kebajikan masa aku belajar dulu sebab aktiviti ni ditemakan khas sebagai aktiviti beramal sambil berhibur. Mengapa sedemikian temanya? Ini karena aktiviti yang dirancang telah mendorong kepada penamaan tema diatas. Akan dipaparkan bukti selepas aktiviti berlangsung.

PESANAN PENAJA: INGIN BERAMAL? NAK TOPUP PAHALA? KLIK SINI

Teman baru



Inilah teman baru yang baru disambar tanpa mengenal erti belas kasihan kepada duit gajiku - Nike5 Elastico. Dia punya stim mengalahkan amoi korea beb!

Namanya Diavel


Itulah nama yang diberikan Ducati kepada motor barunya yang akan ditayangkan di Milan Motorshow November ni. Diavel (Dee-ah-vel) merupakan sebutan Bolognese yang bermaksud Devil. Sememangnya motor Diavel ini merupakan idaman aku sebab design yang sexy dan nama pun sesuai ngan aku. Bayangkan aku pegi keje kat Cyberjaya bawak motor ni. Pasti memukau pandangan gadis-gadis yang dahagakan deruman enjin superbike yang gagah. Haha!!


Saya mahu motor ini

Motor Dicucuk


Inilah akibat daripada perbuatan parking motosikal sesuka hati kat depan kedai orang. Dicucuknya pemutar skru sebagai tanda peringatan. Nasib baik dia cucuk kat seat motor. Kena dia cucuk tayar? Tak ke mendapat tuan punya motor tu. Parking la di tempat yang senonoh sikit untuk mengelakkan motor anda dihiasi perhiasan pelik seperti pemutar skru.

Cantik tak seat motor ni?

Jahanam Bahasaku



Pas kontraktor (ejaan yang betul) ini diperoleh masa aku buat kerja kat site, Cyberjaya. Malangnya, syarikat pengurusan di Cyberjaya ini gagal menyediakan pas dengan ejaan yang betul. Kalau syarikat kau kat luar bandar atau dalam hutan tak kisah. Ni kat Cyberjaya kot. Tak cyber langsung. Buat malu je.

Online Shopping


Selalunya yang rajin benda mcm ni ialah golongan hawa dimana nafsu shopping mereka tak dapat dibendung. Begitu juga teman sepejabat yang melakukan aktiviti ini dengan penuh rasa gembira dan gelak tawa apabila menjumpai baju atau kasut yang disukai. Kemeriahan ditambah apabila jiran-jiran partition sebelah yang datang memberikan komen, cadangan dan kritikan. Kini perkara itu telah meninggalkan kesan dimana aku sendiri telah membuat pembelian atas talian pertama pada 6 Oktober 2010.

Website: Facebook - Vibrant Clothes
Barang: Polo T-shirt
Bayaran: Online banking
Perasaan: Kelakar, sebab berjangkit juga akhirnya.

Hari Pertama

Sambungan kepada post yg lepas, iaitu perpindahan ke pejabat baru. Serba serbi baru dan serba serbi xcukup. Al-maklumlah, budget limit katanya. Tapi request gak macam-macam. Semoga perpindahan ini diiringi sinar kejayaan dalam karierku. Cewah!

Tempat baru, awek-awek pn baru :D

Hari Terakhir

Jumaat, 1 Oktober 2010, merupakan hari terakhir di pejabat Kuala Lumpur sebelum berpindah ke pejabat baru di Cyberjaya. Seronok apabila berpindah ke pejabat baru, sedih meninggalkan staff yg sekepala di pejabat lama. Perjalanan kerjaya tetap berjalan seperti biasa. Gaji sama, boss sama tapi claim je lain sbb pejabat baru dah dekat ngn site. kuranglaa side income aku. haha :D

Goodbye KL, Hello Cyber

Dia Sudah Pergi


Title nak mcm novel.

Supervisor/Electrical Engineer/Kawan sepejabatku dah blah pergi company lain. Terasa kehilangannya. Bukan sebab sayang sgt tp dia resign time on-going projects tgh byk. Maka aku lah yang dipertanggungjawabkan secara samar-samar utk ganti tempat dia walaupun aku bkn engineer. Tak layak nak ganti pn sebab dia sgt hebat. Selamat maju jaya (musik latar: Sahabat by Aizat)

p/s: Dia dapat keje kt company besar yang ada financial problem. Good luck, again :p

Motokok


Kenapa motokok? Kerana motokok itu adalah gabungan motor dan pokok. Bagaimana mereka bergabung, itu yang kita tak tahu.

Bagemana dilakukan?

Dipost tatkala kebosanan

Konserto

Sedikit ceritera arena hiburan. Berkisarkan persembahan secara langsung di arena berbumbung dan terbuka. Sedia maklum, 2 artis antarabangsa berlainan mazhab persembahannya akan membuat persembahan Oktober ini. Mereka ialah..

PARAMORE dan MAHER ZAIN

Kepada penghenjut atau penggoyang kepala tingkat tinggi, disarankan tengok PARAMORE.
Kepada pecinta keamanan, ingin didampingi ketenangan, saksikan persembahan MAHER ZAIN


p/s: Nak tengok Paramore :)


Kemalangan


KUALA LUMPUR, 21 September - Kemalangan yang melibatkan diri sendiri di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam berlaku secara mengejut ala-ala MotoGP dengan penglibatan 8-10buah motosikal (motor aku no 6 or 7)

First time accident kt situ. Nak pegi keje plak tuh. Dugaan keatas seorang high-risk ciloker macam aku ni. Secara keseluruhan, itu adalah catatan kemalangan motosikal peribadi yang ke-5 dalam tempoh hiudp 23 tahun.

Raya Dulu dan Sekarang


Hari raya pastinya berbeza tiap tahun mengikut perubahan faktor seperti masa, umur dan lokasi perayaan. Perbezaan raya dulu (masa kecik) dan sekarang (remaja dewasa, kononnya).

Dulu, sehari puasa da kecoh nk beli baju raya.
Sekarang, terlupa nak beli ble?

Dulu, salam raya senyum2 (tggu duit)
Sekarang, salam raya nak nangis (dosa bertambah)

Dulu, duit raya ratusan
Sekarang, boleh menyebabkan tangisan (masuk x..keluar je.)

Dulu, men mercun ngn bunga api.
Sekarang, api buat cucuh rokok je.

Dulu, balik kg seronok, nyanyi2 bagai dlm kete.
Sekarang, senyap je sebab naik bas mlm raya.

Dulu, ketupat dalam daun.
Sekarang, dalam plastik.

Dulu, kuih raya kena buat.
Sekarang, tunjuk2 je dah ble dpt.

Dulu, gi beraya xkira hujan panas.
Sekarang, xle kena panas. So, duduk rumah tgk tv.

Dulu, tggu posmen anta kad raya (nak lwn sape byk)
Sekarang, tggu bila hp nk senyap sb byk sgt sms raya.

Dulu, g beraya naik basikal, tumpang kawan.
Sekarang, naik moto. PALING cikai kete laa. haha

Siapa nk tambah lagi.??






SHR

Selamat Hari Raya - maaf lambat.
Maka, maaf zahir batin ('',)

Tukaran Matawang Asing (FOREX)


Akhirnya, terjebak juga dalam kancah graf matawang negara-negara dunia yang memeningkan. Bukan kerana minat, tapi tuntutan kerjaya. Tidak percaya pada mulanya, tapi itulah hakikat yang nyata. Mungkin boleh menjadi pendapatan sampingan 1 hari nanti. Tapi tahap kepeningan Forex memang tinggi. Broker dalam pembikinan. Tunggu.. :)


Demo account saya. Huu




Aktiviti Batal Puasa


Tarikh: 22 Ogos 2010
Tempat: Restoran Murni SS2
Kekuatan: 17 makhluk
Motif: Menyantap, mentekedarah, berkumpul semula

Aktiviti berkumpul semula antara kaki lepak, mufti, rocker, blogger, peminat M.U dan Arsenal, alumni I.S UiTM dan MPP-X bersama kekasih (tak semua) telah berlangsung dengan nisbah kejayaan majlis 8/10. Dirancang dengan selamba, dipenuhi rasa gumbira. Suasana perjumpaan sedikit berbeza apabila status beberapa makhluk telah berubah (dari pelajar atau penganggur kepada orang
berkerjaya). Pusingan kedua akan dirancang lagi dilaksanakan dalam masa terdekat.

Riang ria buka puasa (credit to Mr.Pesot)


Bola Fantasi EPL


Keseronokan tercipta apabila EPL musim 2010/2011 telah bermula. Seiringan dengan bola sepak realiti, hadir juga bola sepak fantasi. Mari menduga kehebatan fantasi bola sepak di
Fantasy Premier League of Barclays. Sekurang-kurangnya ada kerja lain yang aku nak buat masa kerja. Habis (pengaruh Super Ammar).

Yeah!




Budak Akhir Zaman


Ini kisah seorang mamat dengan bestnya mengeluarkan statement menuju ke pintu neraka.
Tengok la sendiri. Apa rasa dihati?


Menjawablah kau bila ditanya si Dia


Jualan



Salam Ramadhan..


Sempena bulan Ramadhan ini, ingin dipromosikan produk makanan yang boleh menjadi sajian seisi keluarga baik ketika bersahur atau berbuka. Produk ini adalah Home Made Garlic Spread. Murah lagi halal, 100% diproduksikan oleh Muslim. Kalau tengok kt Giant or Tesco, mahal dah pasti. Halal belum tentu.


Amacam?


Beroda Dua di Kuala Lumpur



Dah masuk minggu ke-2 berkilo-kilo bertarung nyawa pergi kerja menaiki kenderaan beroda dua kat KL ni. Bangsa yang paling dibenci, pemandu kereta yang suka hati tukar lane tak bagi signal semua. Macam sial sifat pemanduan mereka. Jangan sampai kelakuan mereka dihadiahkan sepakan tepat ke cermin sisi. Mendapat jawapannya. Maka, gelaran samseng jalanan boleh beralih kepada golongan ini.

ALANGKAH SERONOKNYA jika aku memiliki motosikal ini pergi tempat kerja



Aksi Luar Pintu lagi


Team Building and Water Rafting

Tajuk je omputih. Ceritera masih bahasa Melayu. Pencinta bahasa katakan (:

Lokasi: My Gopeng Resort, Gopeng, Perak.
Masa: 31 Julai 2010

Semua GREATians berkunjung ke bumi J.W. Birch ditikam, Perak untuk aktiviti luar pintu kali ke-2, water rafting (berakit ke hilir dengan bot getah, kot) dan caving (bergua atau ekspedisi gua.haha). Rafting level 3 je kot, xmencabar tapi seronok bagi 1st timer, macam aku. Haha!! .Itu aktiviti siang untuk hari pertama. Malam, macam biasa ada pulak kena berlakon bagai + karaoke diiringi petikan gitar oleh RD dan Acab selama 2 3 jam.

Di hari kedua, kembali ke zaman batu untuk menjadi orang gua. Lokasi, Gua Kandu. Explorasi bermula dengan bersiar-siar dilereng bukit (jungle trekking) dan diteruskan dengan perjalanan berdebu didalam gua selama hampir 2 jam. Panjat, tonggeng, tunduk, meniarap antara aksi yang dilaksana dengan jayanya. Tamat eksplorasi, makan tengahari diakhiri dengan pencuci mulut tradisional, durian! Dah kenyang, semua terjun sungai. Oh selesa yang amat. Setelah selesai, pulang ke rumah tumpangan untuk pulang ke Cyberjaya. Terima kasih Cyberview.

Bahan bukti disertakan. Tapi masa rafting takde sebab mana ada orang pergi rafting bawa kamera!


Pengangkutan rasmi


The White Water Rafters


Diskusi untuk persembahan


Aksi di pentas utama


Mencari cendawan di dinding Gua Kandu

Aksi 1

Aksi 2

Aksi 3

Aksi 4

Credit to Fatah and Farrahin

Cerita Pejabat Baru



Lokasi: Megan Avenue

Keadaan pejabat seperti mana yang anda dapat dilihat di slot-slot Samarinda di kaca tv. Bangunan berbelas tingkat, parking berbayar (naik motor pun kena). Masuk kerja kena taklimat dulu. Kena ceramah, orientasi bagai. Kemudian berkenalan dengan staff senior dan berlagak seperti lelaki matang, berjalan 1 office. Kerja banyak, tapi semua kerja orang. Haha. Maka tinggallah terbiarlah dalam keadaan maksimum boring tanpa kerja yang menguji kehebatan akal dan kebolehan. Di penghujung hari baru ada sekincit tugasan, diselesaikan ibarat mengupas kacang cap Ngan Yin. Haha. Ini adalah petanda peralihan status dari pelajar atau pelatih kepada seorang pekerjaya! Yeah! Hahaha!!


Petua untuk LELAKI


AMARAN: INI ADALAH BACAAN ORANG DEWASA, KONONNYA



Sudah baca? Bayangkan jika anda merenung selama 30 minit atau sejam. Berapa lama jangka hayat hidup anda? Bayangkan mereka yang merenung 2 3 jam? Kepada kaum lelaki, renung-renungkan dan selamat beramal. Jumpa anda semua lagi 40 tahun dari sekarang (hanya untuk mereka yang mengamalkan petua ini - umur panjang)

Tamat Pembelajaran Tingkat Tinggi




10 Jun 2010 - Tarikh keluar keputusan peperiksaan semester terakhir, membawa makna pengakhiran proses pembelajaran di menara gading. Melekat 1 bintang gayanya. Kini hanya menunggu status penganggur gugur dan juga bergelar graduan. Pengakhiran yang merupakan Permulaan.

Program Pentauliahan Professional





Bertujuan menjadi seorang yang professional dalam bidang yang dikhususkan. KONONNYA.

Kursus yang diambil ialah CompTIA Security+ dan ITIL Foundation. Bunyi cam gempak. Tapi susah. 24 May adalah perjuangan pertama: Exam Security+! .769 soalan kena review. Tak lulus jugak tak tahu laa..

Test Market

Kisah gambar zaman jahiliah dimuatkan kembali dalam Facebook. Kononnya lain daripada yang lain. Bahan ini menjadi perbualan. Anda bagaimana?

Kerah Otak


Apabila semester hampir di penghujung, maka test pn berepah-sepah disebarkan oleh para pengajar di institusi-institusi pengajian termasuk di tempat aku. Kalau boleh jawab takpe gk, tapi keadaan disebaliknya berpihak padaku.hha!!



Contoh pemecah kepala

Entrepreneurship




3 days of entrepreneurship seminar which have widen
my path and opportunity to achieve my personal goals
Financial freedom and early retirement

MAKAN GAJI MANE BOLEH BRO!

Future entrepreneurs from FPM


Demam

4 hari berturutan.
Bersatupadu dengan bantal, tilam dan selimut.
Ubatan kimia menjadi santapan.
Hari ini baru jadi orang keseluruhannya.

Kemudian muncullah assignment bersepah-sepah,
Program sini sana,
Meeting merata alam.
HEBAT!

Poket pun turut demam. Derma-derma!

Tag

dari DIN CUTE a.k.a LostGuerreros

1 - Adakah anda rasa HOT?
Jauh punggung dari api.

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!



3 - Cerita pasal gambar
Dream Car - Honda S2000. Akan diperolehi dalam masa 2 tahun.

4 - Bila kali terakhir anda mkn pizza?
2 minggu lalu..kat Tesco Xtra - org belanja.

5 - Lagu terakhir anda dengar
Trouble is A Friend, Jaclyn Victor cover.

6 - Ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni?
Cari articles untuk assignment, FB, sms.

7 - Selain nama sendiri, anda di panggil nama ape?
Din (golongan kebanyakan), Black (Senior2 n kwn kt FPM), Denis (FB), Raden (Senil and Erra), Eppy (saudara sebelah ayah), Abang (pakcik2, saudara2 yg xtahu nama aku siapa) dan apa2 nama yg diorg suka2 nk panggil.

8 - Tag lg 8 org ....
Siapa yg baca, anda di TAG!

Goals


Early retirement
and financial freedom.

I have mine. How about you?

Mencari


Bukan barang yang hilang..

bukan juga harta yang dicuri..

tapi salah dalam diri.

Rasa tidak bersalah tetapi dipersalahkan.

Cuba mencari tapi tidak ditemui.

Tak pelik. Semua pernah rase kot!

Kenapa


Aku sudah tahu tidak boleh
Masih nak buat..
Aku sudah tahu tidak akan jadi
masih nak berharap..
Bila sudah sedia
ada dugaan,
ada cubaan..
Konon hebat.
Boleh handle semua


Aku tak minta..
Tapi datang.
Pernah minta..
Tak datang-datang!



Kembali



Seakan-akan Butterfingers.

Kembali selepas menyepi.

Bukan berlagak tapi busy