Bola Sepak


Stadio del Cittadino del Jalil del Bukit menjadi medan pertembungan Malaysia dan Vietnam untuk perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010. Tanggungjawab yang samar-samar telah mendorong untuk pergi menyokong negara sendiri dan ternyata berbaloi kerana Malaysia menang. Mungkin kerana sudah lama tidak menonton perlawanan secara langsung, ditambah dengan kudrat yang kekurangan akibat menunggang motor melalui lebuhraya yang penuh sesak terus dari pejabat, kadar sorakan berada di tahap sederhana. Namun, tekak ini telah bersedia untuk bersorak di pentas final. Tengah memikirkan inisiatif untuk mendapatkan jersi pasukan negara. Hujung bulan kot.

Gambarajah dalam Stadio del Cittadino del Jalil del Bukit

Gambar blur menunjukkan semangat Malaysia Boleh!




SME Face Off Futsal Tournament Cyberjaya


Inilah tajuk post terpanjang setakat ini. Padahal nak tulis pertandingan futsal je pun. Dilangsungkan di Kelab Komuniti Cyberjaya, disertai 16 buah pasukan, diadili 2 orang pengadil amatur dan paling penting, dianjurkan oleh Cyberview Sdn. Bhd. dengan tanpa bayaran :)

Pasukan saya telah memenangi tempat kelima dalam pertandingan ini sekaligus membawa pulang wang tunai RM400 (yang dibahagi kepada 7 pemain) dan medal besi.

Kami bukan MLM

Bola Cat/Paintball




Namanya seperti kekanak-kanakkan. Tetapi, sekali terkena tembakan pasti tak mahu lagi. Itulah paintball. Event itu dinamakan Corporate War anjuran Cyberview. Sangap nak main lagi. Siapa berani, ajaklah saya.

Barisan Pengecat

Pengecat bersama berusnya