Semakin DEKAT dan SINGKAT


Semakin DEKAT hari perubahan status hidup dan penghijrahan ke satu fasa hidup yang baru
Semakin SINGKAT tempoh hidup status bujang serta kenikmatan yang ada dengannya.

22 hari lagi

Pendaftaran Pengambilan Anak Dara Orang


Asyik tengok orang lain kahwin. Aku pun tak tahan. Maka hasil usaha yang tak berapa keras, langkah diorak untuk memulakan proses berhospital buat ujian dan naik turun pejabat agama bagai. Secara jujur, leceh habaq hang nak menikah ni. Banyak prosedur.

Memandangkan aku masih teruna, potensi ketidak lulusan ujian HIV adalah sangat rendah. Dengan yakin dan jayanya aku lepas ujian HIV.


Kementerian Kesihatan kata saya bebas HIV

Lepas selesai ujian bercucuk lengan baru bermula upacara sahkan sana cop sini urusan kaunter bagai. Dengan selamba borang diisi ditemani sijil kursus kahwin dan salinan fotokopi aku dan saksi. Kena ambil nombor dulu.Agak bersusun orang nak kahwin.


Nombor cantik. Buleh buat plat kereta. 

Sepanjang penantian giliran untuk berurusan, ramailah bakal-bakal seperti aku menjadi santapan mata. Nasib baik aku dan mereka dah nak kahwin. Haha

Dah sampai giliran, borang diserahkan dengan penuh harapan. 15 minit tempoh pemprosesan, permohonan aku berjaya. Nikmat lulus tu lebih dari nikmat dapat PTPTN dulu. Haha


Sekarang dah selesai permohonan. Tunggu untuk bertentang mata dengan jurunikah. Tengok siapa lagi langsi. Haha

Pemendekkan Rambut


Kerja makin lama makin bertambah tanggungjawab. Memandangkan aku pun dah semakin bertanggungjawab kepada diri dan kerjaya, maka rambut panjang aku dipendekkan dengan separa relanya. Outstation punya pasal. Nak bawa imej syarikat katakan.

Dari keadaan asalnya begini



Melalui proses pemendekkan begini



sampai menjadi begini (NSFW)



Ahn nyung ha sae yo!


HAHAHA!

Syampu Paket


Setelah sekian lama tidak bersua dengan syampu dalam paket kecil-kecil ini, minggu lepas sempena kerja luar di Langkawi aku terjumpa benda ni kat kedai runcit. Nak beli syampu dalam botol membazir sebab ada potensi tak lepas kat lapangan terbang nanti. Sepaket baru RM0.30. Haha


Gunakan SunSilk. Tiga puluh sen sahaja.

p/s: Tiada alasan untuk tidak membasuh rambut busuk hang tu