Teman baru



Inilah teman baru yang baru disambar tanpa mengenal erti belas kasihan kepada duit gajiku - Nike5 Elastico. Dia punya stim mengalahkan amoi korea beb!

Namanya Diavel


Itulah nama yang diberikan Ducati kepada motor barunya yang akan ditayangkan di Milan Motorshow November ni. Diavel (Dee-ah-vel) merupakan sebutan Bolognese yang bermaksud Devil. Sememangnya motor Diavel ini merupakan idaman aku sebab design yang sexy dan nama pun sesuai ngan aku. Bayangkan aku pegi keje kat Cyberjaya bawak motor ni. Pasti memukau pandangan gadis-gadis yang dahagakan deruman enjin superbike yang gagah. Haha!!


Saya mahu motor ini

Motor Dicucuk


Inilah akibat daripada perbuatan parking motosikal sesuka hati kat depan kedai orang. Dicucuknya pemutar skru sebagai tanda peringatan. Nasib baik dia cucuk kat seat motor. Kena dia cucuk tayar? Tak ke mendapat tuan punya motor tu. Parking la di tempat yang senonoh sikit untuk mengelakkan motor anda dihiasi perhiasan pelik seperti pemutar skru.

Cantik tak seat motor ni?

Jahanam Bahasaku



Pas kontraktor (ejaan yang betul) ini diperoleh masa aku buat kerja kat site, Cyberjaya. Malangnya, syarikat pengurusan di Cyberjaya ini gagal menyediakan pas dengan ejaan yang betul. Kalau syarikat kau kat luar bandar atau dalam hutan tak kisah. Ni kat Cyberjaya kot. Tak cyber langsung. Buat malu je.

Online Shopping


Selalunya yang rajin benda mcm ni ialah golongan hawa dimana nafsu shopping mereka tak dapat dibendung. Begitu juga teman sepejabat yang melakukan aktiviti ini dengan penuh rasa gembira dan gelak tawa apabila menjumpai baju atau kasut yang disukai. Kemeriahan ditambah apabila jiran-jiran partition sebelah yang datang memberikan komen, cadangan dan kritikan. Kini perkara itu telah meninggalkan kesan dimana aku sendiri telah membuat pembelian atas talian pertama pada 6 Oktober 2010.

Website: Facebook - Vibrant Clothes
Barang: Polo T-shirt
Bayaran: Online banking
Perasaan: Kelakar, sebab berjangkit juga akhirnya.

Hari Pertama

Sambungan kepada post yg lepas, iaitu perpindahan ke pejabat baru. Serba serbi baru dan serba serbi xcukup. Al-maklumlah, budget limit katanya. Tapi request gak macam-macam. Semoga perpindahan ini diiringi sinar kejayaan dalam karierku. Cewah!

Tempat baru, awek-awek pn baru :D

Hari Terakhir

Jumaat, 1 Oktober 2010, merupakan hari terakhir di pejabat Kuala Lumpur sebelum berpindah ke pejabat baru di Cyberjaya. Seronok apabila berpindah ke pejabat baru, sedih meninggalkan staff yg sekepala di pejabat lama. Perjalanan kerjaya tetap berjalan seperti biasa. Gaji sama, boss sama tapi claim je lain sbb pejabat baru dah dekat ngn site. kuranglaa side income aku. haha :D

Goodbye KL, Hello Cyber