Dia Sudah Pergi


Title nak mcm novel.

Supervisor/Electrical Engineer/Kawan sepejabatku dah blah pergi company lain. Terasa kehilangannya. Bukan sebab sayang sgt tp dia resign time on-going projects tgh byk. Maka aku lah yang dipertanggungjawabkan secara samar-samar utk ganti tempat dia walaupun aku bkn engineer. Tak layak nak ganti pn sebab dia sgt hebat. Selamat maju jaya (musik latar: Sahabat by Aizat)

p/s: Dia dapat keje kt company besar yang ada financial problem. Good luck, again :p

Motokok


Kenapa motokok? Kerana motokok itu adalah gabungan motor dan pokok. Bagaimana mereka bergabung, itu yang kita tak tahu.

Bagemana dilakukan?

Dipost tatkala kebosanan

Konserto

Sedikit ceritera arena hiburan. Berkisarkan persembahan secara langsung di arena berbumbung dan terbuka. Sedia maklum, 2 artis antarabangsa berlainan mazhab persembahannya akan membuat persembahan Oktober ini. Mereka ialah..

PARAMORE dan MAHER ZAIN

Kepada penghenjut atau penggoyang kepala tingkat tinggi, disarankan tengok PARAMORE.
Kepada pecinta keamanan, ingin didampingi ketenangan, saksikan persembahan MAHER ZAIN


p/s: Nak tengok Paramore :)


Kemalangan


KUALA LUMPUR, 21 September - Kemalangan yang melibatkan diri sendiri di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam berlaku secara mengejut ala-ala MotoGP dengan penglibatan 8-10buah motosikal (motor aku no 6 or 7)

First time accident kt situ. Nak pegi keje plak tuh. Dugaan keatas seorang high-risk ciloker macam aku ni. Secara keseluruhan, itu adalah catatan kemalangan motosikal peribadi yang ke-5 dalam tempoh hiudp 23 tahun.

Raya Dulu dan Sekarang


Hari raya pastinya berbeza tiap tahun mengikut perubahan faktor seperti masa, umur dan lokasi perayaan. Perbezaan raya dulu (masa kecik) dan sekarang (remaja dewasa, kononnya).

Dulu, sehari puasa da kecoh nk beli baju raya.
Sekarang, terlupa nak beli ble?

Dulu, salam raya senyum2 (tggu duit)
Sekarang, salam raya nak nangis (dosa bertambah)

Dulu, duit raya ratusan
Sekarang, boleh menyebabkan tangisan (masuk x..keluar je.)

Dulu, men mercun ngn bunga api.
Sekarang, api buat cucuh rokok je.

Dulu, balik kg seronok, nyanyi2 bagai dlm kete.
Sekarang, senyap je sebab naik bas mlm raya.

Dulu, ketupat dalam daun.
Sekarang, dalam plastik.

Dulu, kuih raya kena buat.
Sekarang, tunjuk2 je dah ble dpt.

Dulu, gi beraya xkira hujan panas.
Sekarang, xle kena panas. So, duduk rumah tgk tv.

Dulu, tggu posmen anta kad raya (nak lwn sape byk)
Sekarang, tggu bila hp nk senyap sb byk sgt sms raya.

Dulu, g beraya naik basikal, tumpang kawan.
Sekarang, naik moto. PALING cikai kete laa. haha

Siapa nk tambah lagi.??






SHR

Selamat Hari Raya - maaf lambat.
Maka, maaf zahir batin ('',)