The Cucur


Di saat aku balik kerja, ada teman serumah turut pulang membawa bungkusan berisi tepung, bawang dan ikan bilis. Maka, ini yang terhasil.


Taekwondo Shuffle?


Pabila pergi kerja, ada kerja tapi buat-buat tiada kerja maka jumpalah satu video hasil gabungan Taekwondo dan Shuffle. Awek seluar pendek tu meme fuu lah.


Aku Penagih


Masalah ketagihan yang baru aku alami iaitu permainan dalam telefon bimbit. Aku jumpa di Pasar Android. Asal ada masa lapang mesti nak cuit. Game ni siap ada forum untuk pelumba-pelumba alam maya permainan ni. Siapa mahu boleh download kat sini, PERCUMA. Selamat menagih


Drag Racing by Creative Mobile

Penangan Hujan Ipoh



6 pil + 1 ubat batuk

Wordless Wednesday, again



Bakal Kereta Saya


Pengumuman, saya hendak memiliki kereta ini. Boleh ke tidak?


Bye bye Myvi 1.5 Extreme Lagi Best, Swift, Jazz, Golf dan Scirocco!

Wordless Wednesday: My Workspace



Wordless Wednesday: My Breakfast




Saya Mahu


Jam tangan Timex Intelligent Quartz™ Fly-Back Chronograph. Amacam?
Sila belikan. Terima kasih



 *Tak boleh bayangkan betapa seksinya pergelangan tangan aku dengan jam ini. 

Jaga Sungai Kita



The most 'Sempoi Habaq Hang' public awareness :)


Faham ka dak? 
Faham habaq faham. 
Tak faham habak mai. 
Biaq aku buh subtitle kat dahi hang.  
*moodutara + rindu Taiping

Wordless Wednesday #2



Wordless Wednesday #1



Mari Contohi Syaitan


Terdapat sebahagian daripada sifat-sifat syaitan yang perlu kita contohi. Kenape? Ta percaye nye pun? Bacelah seniri nye adoyai.

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak mudah menyerah selagi keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.

2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari apa cara pun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia suka rilek, ramai yang malas. Sebab tu ada pepatah di kalangan student “belajar biar ciput, result biar ribut”

3. Konsisten
Syaitan dari diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang mengaggur.

4. Sepakat
Syaitan tidak pernah saling menyakiti, saling menjatuhkan, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, suka menjatuhkan,kedekut ilmu, busuk hati , tidak peduli sesama sendiri malah sering berbunuhan sesama sendiri.

5. Genius
Syaitan itu paling pintar mencari jalan supaya manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan ramai yang jadi peniru dan plagiat.

6. Tidak berkira.
Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbuhan apapun. Sedangkan manusia apapun harus dibayar.

7. Suka berteman
Syaitan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar ramai kawannya di neraka kelak. Sedangkan manusia memilih kawan, tengok status, mementingkan diri sendiri dan ego. (Sumber)

Oleh itu, MARI MENYETAN. Hahaha

Stand Up Comedian Timur Tengah


Sejak sehari dua hari kebelakangan, selaku pekerja yang 'banyak kerja' di pejabat, aku terrajin nak cari video 'stand up comedy'. Aku jumpa geng-geng comedian dari Middle East macam Iran, Pakistan dan seorang Korean yang boleh cakap Arab. They are awesome and extremely funny!


WonHo Chung, Ahmed Ahmed, Maz Jobrani, Max Amini

Barclays Fantasy Football.




Ramai sangat ni. Gooood!

Perdana V6 Termahal Dunia


Bangga rasanya harga kereta nasional boleh melebihi RM100k. Kalah harga kereta baru, kalah juga harga Proton Inspira baru. Haha. Selamat berpuasa hari ke-10.

*melawak ja advertiser oi

Semakin apa?




Semakin padat?
Semakain sendat?
Semakin ramai?
Semakin popular?
Semakin laris?
Semakin tak power?
Semakin hari semakin kuat rinduku padamu?

Dah Sah Haram


Ada DNA Babi = HARAM. Bukan aku cakap tapi JAKIM dengan JAIS cakap.


Sampul Duit Raya Harimau Malaya


Sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak negara Harimau Malaya telah memberi idea untuk seorang abang ni untuk keluarkan sampul duit raya versi Harimau Malaya. Memang kreatif. Kepada kaki bola atau kipas susah mati Harimau Malaya, hiasi ibadat berkongsi harta anda dengan sampul ini.



P/S: Kalau sesiapa berminat boleh beli kat abang ni kat sini (Abang, saya promote free ni. Takde token ke? Haha)

Ahlan Wasahlan




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Bukan hot chicks ok. Bulan yang dinanti-nantikan (orang ada tahap iman sederhana ke atas mungkin) telah tiba. Persediaan adalah perlu untuk menghadapi bulan ini. Bukan masa nak RAYA sahaja!

Nah. Yang ini harus tahu dahulu sebelum tahu dimana lokasi bazaar Ramadhan, sebelum tahu berbuka jam berapa, sebelum tahu Hari Raya Aidilfitri bila.


Lafaz niat Puasa fardhu Ramadhan

Niat puasa RamadanErtinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa


Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Buah kurma memang wajib masa berbuka ni (wajib Melayu, bukan hukum) tetapi orang kita ni lagi wajib ke bazar Ramadhan untuk memuaskan nafsu serakah kelaparan setelah sehari tak makan. Haish

Pemangkin nafsu membeli belah dikala hendak berbuka

Akhir kata, tahanlah segala nafsu yang ada. Selamat menjalani ibadah puasa.


Pembelian Luar Biasa


Tanggal 31 Julai 2011, pertama kali aku membeli barangan yang penuh bermakna untuk aku dan orang tersayang. Bukan senang nak beli hasil perut bumi yang bernilai ni. Tersenyum aku melihat orang tersayang kegembiraan. 1 barang dah selesai. Lagi 2 barang. Semoga urusanku dipermudahkan. Amin

Pergi sekarang. Ada diskaun

Kisah Reunion


Tanggal 24 Julai 2011, satu perjumpaan semula antara bekas peserta-peserta program intership (tak tau nak alih bahasa) telah berlaku atas kehendak salah seorang peserta yakni seorang ibu yang sarat mengandung. Mungkin itu sebahagian daripada proses pengidaman yang sering berlaku di kalangan kaum Hawa yang sedang berbadan dua. Majlis yang ringkas tapi best!

Barisan para peserta Jejak Kaseh Tercipta 2011


Proses mentakedarahan yang sedang berlaku keatas sajian yang telah disediakan dengan jayanya oleh ibu mengandung dan suaminya


Proses penjamahan durian organik Hulu Langat yang dikopek dengan gagahnya oleh aku. Haha


Lagi best, Wo O Ow!


Kepala idea program, hos rasmi majlis, katering, pelayan, semua dia.

Kursus Oh Kursus



Dah lama aku tak berkursus. Tapi bila kena pergi, sekali dua kursus aku sebat. 3 hari tanpa gagal. Ate bile dah keje ni kenalah pergi. Job requirement katenye. Aku tak kesah. Janji free dan dapat sijil. Biar tak power, tapi ada sijil. Maka kalau nak buat kepala tau ada jugak basic. Haha.


Kursus aku pergi ni berkaitan jenama networking seperti gambarajah diatas. Nak tau, pi google. Ampa tanya dia. Haha

Drama Aku



Akhirnya drama melayu yang aku layan dah tamat. Bukan senang aku nak layan drama. Aku layan sebab drama ni tiada elemen buah dada silikon/skirt terbelah sampai peha, rebut harta syarikat, kahwin paksa, pembunuh upahan, skandal datuk atau mak datin, konspirasi wasiat juta-juta dan sebagainya.

Berikut adalah watak kegemaran aku. Haha


Kalaulah masa sekolah dulu aku ada cikgu macam ni, sudah pasti ponteng sekolah tiada dalam kamus hidupku.

Oh Kerja di Negara Jiran


Nak kata hebat, taklah sangat. Tapi kalau dah boss hantar aku outstation sampai naik kapal terbang tu kira hebatlah kan? kahkah. Destinasi kerja, Changi Business Park, Singapura. Terbang pergi di waktu pagi, terbang pulang di waktu petang. Macam dalam movie oh.


Tempat pergi dan pulang serta kenderaan rasmi


Environment business park diorang memang cun. Ingat Cyberjaya dah cun, ada juga yang cun sewaktu dengannya. Tapi seperti yang sedia maklum, kat sana semua makan duit. Mahal abak ang.


Gambarajah Changi Business Park

Aku bercadang untuk kembali ke sana untuk menjejakkan kaki ke Universal Studio. Yeah!




Aku Mahu Ini


Zaman semakin canggih. Peralatan elektronik bersepah-sepah, menunggu untuk disambar oleh mereka yang duitnya berkepok-kepok untuk berbelanja beribu-ribu hanya untuk seketul barang.
Aku juga ada keinginan seperti itu. Bezanya, tahap kekepokan duit dalam simpanan. Haha.

Aku mahu ini

Samsung Galaxy Tab 10.1!


Lagi nipis dan ringan dari iPad 2
Jantungnya Android 3.0
Had laju boleh sampai 21Mbps

Amacam? Dermalah satu please?



Kisah Mee Segera



Sekian lama blog ini tak ku jengah, kini aku datang dengan sedikit makanan. Bukan untuk dimakan, tapi sebagai pengetahuan :)

TAHUKAH ANDA?

Apakah kandungan dalam mee segera?

Amacam?