Ahlan Wasahlan




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Bukan hot chicks ok. Bulan yang dinanti-nantikan (orang ada tahap iman sederhana ke atas mungkin) telah tiba. Persediaan adalah perlu untuk menghadapi bulan ini. Bukan masa nak RAYA sahaja!

Nah. Yang ini harus tahu dahulu sebelum tahu dimana lokasi bazaar Ramadhan, sebelum tahu berbuka jam berapa, sebelum tahu Hari Raya Aidilfitri bila.


Lafaz niat Puasa fardhu Ramadhan

Niat puasa RamadanErtinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa


Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Buah kurma memang wajib masa berbuka ni (wajib Melayu, bukan hukum) tetapi orang kita ni lagi wajib ke bazar Ramadhan untuk memuaskan nafsu serakah kelaparan setelah sehari tak makan. Haish

Pemangkin nafsu membeli belah dikala hendak berbuka

Akhir kata, tahanlah segala nafsu yang ada. Selamat menjalani ibadah puasa.


No comments:

Post a Comment