Ahlan Wasahlan




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Bukan hot chicks ok. Bulan yang dinanti-nantikan (orang ada tahap iman sederhana ke atas mungkin) telah tiba. Persediaan adalah perlu untuk menghadapi bulan ini. Bukan masa nak RAYA sahaja!

Nah. Yang ini harus tahu dahulu sebelum tahu dimana lokasi bazaar Ramadhan, sebelum tahu berbuka jam berapa, sebelum tahu Hari Raya Aidilfitri bila.


Lafaz niat Puasa fardhu Ramadhan

Niat puasa RamadanErtinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa


Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Buah kurma memang wajib masa berbuka ni (wajib Melayu, bukan hukum) tetapi orang kita ni lagi wajib ke bazar Ramadhan untuk memuaskan nafsu serakah kelaparan setelah sehari tak makan. Haish

Pemangkin nafsu membeli belah dikala hendak berbuka

Akhir kata, tahanlah segala nafsu yang ada. Selamat menjalani ibadah puasa.


Pembelian Luar Biasa


Tanggal 31 Julai 2011, pertama kali aku membeli barangan yang penuh bermakna untuk aku dan orang tersayang. Bukan senang nak beli hasil perut bumi yang bernilai ni. Tersenyum aku melihat orang tersayang kegembiraan. 1 barang dah selesai. Lagi 2 barang. Semoga urusanku dipermudahkan. Amin

Pergi sekarang. Ada diskaun

Kisah Reunion


Tanggal 24 Julai 2011, satu perjumpaan semula antara bekas peserta-peserta program intership (tak tau nak alih bahasa) telah berlaku atas kehendak salah seorang peserta yakni seorang ibu yang sarat mengandung. Mungkin itu sebahagian daripada proses pengidaman yang sering berlaku di kalangan kaum Hawa yang sedang berbadan dua. Majlis yang ringkas tapi best!

Barisan para peserta Jejak Kaseh Tercipta 2011


Proses mentakedarahan yang sedang berlaku keatas sajian yang telah disediakan dengan jayanya oleh ibu mengandung dan suaminya


Proses penjamahan durian organik Hulu Langat yang dikopek dengan gagahnya oleh aku. Haha


Lagi best, Wo O Ow!


Kepala idea program, hos rasmi majlis, katering, pelayan, semua dia.

Kursus Oh Kursus



Dah lama aku tak berkursus. Tapi bila kena pergi, sekali dua kursus aku sebat. 3 hari tanpa gagal. Ate bile dah keje ni kenalah pergi. Job requirement katenye. Aku tak kesah. Janji free dan dapat sijil. Biar tak power, tapi ada sijil. Maka kalau nak buat kepala tau ada jugak basic. Haha.


Kursus aku pergi ni berkaitan jenama networking seperti gambarajah diatas. Nak tau, pi google. Ampa tanya dia. Haha

Drama Aku



Akhirnya drama melayu yang aku layan dah tamat. Bukan senang aku nak layan drama. Aku layan sebab drama ni tiada elemen buah dada silikon/skirt terbelah sampai peha, rebut harta syarikat, kahwin paksa, pembunuh upahan, skandal datuk atau mak datin, konspirasi wasiat juta-juta dan sebagainya.

Berikut adalah watak kegemaran aku. Haha


Kalaulah masa sekolah dulu aku ada cikgu macam ni, sudah pasti ponteng sekolah tiada dalam kamus hidupku.