Aksi Luar Pintu lagi


Team Building and Water Rafting

Tajuk je omputih. Ceritera masih bahasa Melayu. Pencinta bahasa katakan (:

Lokasi: My Gopeng Resort, Gopeng, Perak.
Masa: 31 Julai 2010

Semua GREATians berkunjung ke bumi J.W. Birch ditikam, Perak untuk aktiviti luar pintu kali ke-2, water rafting (berakit ke hilir dengan bot getah, kot) dan caving (bergua atau ekspedisi gua.haha). Rafting level 3 je kot, xmencabar tapi seronok bagi 1st timer, macam aku. Haha!! .Itu aktiviti siang untuk hari pertama. Malam, macam biasa ada pulak kena berlakon bagai + karaoke diiringi petikan gitar oleh RD dan Acab selama 2 3 jam.

Di hari kedua, kembali ke zaman batu untuk menjadi orang gua. Lokasi, Gua Kandu. Explorasi bermula dengan bersiar-siar dilereng bukit (jungle trekking) dan diteruskan dengan perjalanan berdebu didalam gua selama hampir 2 jam. Panjat, tonggeng, tunduk, meniarap antara aksi yang dilaksana dengan jayanya. Tamat eksplorasi, makan tengahari diakhiri dengan pencuci mulut tradisional, durian! Dah kenyang, semua terjun sungai. Oh selesa yang amat. Setelah selesai, pulang ke rumah tumpangan untuk pulang ke Cyberjaya. Terima kasih Cyberview.

Bahan bukti disertakan. Tapi masa rafting takde sebab mana ada orang pergi rafting bawa kamera!


Pengangkutan rasmi


The White Water Rafters


Diskusi untuk persembahan


Aksi di pentas utama


Mencari cendawan di dinding Gua Kandu

Aksi 1

Aksi 2

Aksi 3

Aksi 4

Credit to Fatah and Farrahin

No comments:

Post a Comment